11.8.12

Muwasafat Tarbiyah




Apakah itu Muwasafat Tarbiyah?

Muwasafat Tarbiyah adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul.

1) Aqidah Sejahtera (Salim-ul Aqidah)
 -Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur
-Tidak berhubung dengan Jin-Tidak meminta bantuan dari orang yang meminta bantuan jin
-Tidak menenung nasib-Tidak mendekati tukang tilik
-Tidak mengusap kubur
-Tidak meminta bantuan dari simati
-Tidak bersumpah dengan selain Allah
-Tidak mempercayai adanya sial
-Mengikhlaskan amal kerana Allah-Mengimani rukun-rukun Iman
-Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
-Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
-Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah swt.

2) Ibadah Yang Sahih (Shahih-ul 'Ibadah)
 -Tidak menolak untuk melaungkan azan
-Bersuci dengan sempurna
-Sangat menghargai solat berjemaah
-Sangat suka berjemaah di masjid
-Memperbaiki mutu solat-Qiamullail seminggu sekali
-Menunaikan zakat-Berpuasa wajib
-Berpuasa sunat sehari setiap bulan
-Ada niat untuk menunaikan haji
-Beriltizam dengan adab-adab tilawah
-Khusyuk ketka membaca al-Quran-Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran-Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
-Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
-Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
-Menjauhi dosa-dosa besar
-Sentiasa membaca zikir pagi
-Sentiasa membaca zikir petang
-Mengingati Allah swt pada setiap situasi-Menunaikan Nazar
-Menyebarkan Salam-Menahan anggota dari perkara haram-Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang-Menggunakan sugi/siwak-Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap (Matin-ul Khuluq)
 -Tidak takabbur-Mempunyai pendirian
-Tidak menipu
-Tidak mencaci
-Tidak mengadu domba
-Tidak mengumpat
-Tidak berdusta
-Tidak mengejek
-Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
-Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
-Mengasihi orang yang lebih muda
-Menghormati orang yang lebih tua
-Menunaikan janji
-Menundukkan pandangan
-Menjaga rahsia-Menutup dosa orang lain
-Cemburu terhadap isteri
-Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4) Mampu Berdikari (Qadirun 'Ala-l Kasbi)
 -Menjauhi pekerjaaan yang haram
-Menjauhi riba-Menjauhi judi
-Menjauhi penipuan
-Menunaikan zakat
-Membuat simpanan walaupun sedikit
-Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
-Memelihara harta awam
-Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas (Mutsaqqaf-ul Fikri)
 -Mampu membaca dan menulis dengan baik-Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
-Memelihara hukum-hukum tilawah-Menghafaz setengah dari hadith 40-Menghafaz 20 hadith dari Riyadhusshalihin
-Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
-Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
-Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
-Mengetahui hukum-hukum solat
-Mengetahui hukum-hukum puasa
-Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu-Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
-Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
-Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng-Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
-Mendengar dengan baik-Mampu memberikan pandangan
-Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
-Tidak menerima syubahat yang dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas (Qawwiy-ul Jism)
 -Bersih tubuh badan
-Bersih pakaian
-Tempat tinggal yang bersih
-Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
-Tidak berjaga malam berlebihan
-Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu-Bangun sebelum terbit fajar/subuh
-Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
-Meninggalkan tabiat merokok-Menjauhi tempat-tempat kotor
-Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7) Menguasai Diri (Mujahadat-ul Li Nafsi)
 -Menjauhi perkara-perkara haram
-Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
-Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)
 -Penampilan yang elok
-Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)
 -Bangun awal
-Menggunakan masa tertentu untuk belajar

10)Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)
 -Menunaikan hak ibu bapa
-Menyertai majlis-majlis kegembiraan
-Membantu orang-orang yang memerlukan
-Membimbing orang yang sesat-Berkahwin dengan pasangan yang sesuai

Wallahualam . Semoga artikel ini membantu untuk kita tambahkan amalan dengan beristiqamah . InsyaAllah . Semoga bermanfaat .

No comments:

Post a Comment